Monday, October 4, 2010

Ulasan Jurnal - 4 Jurnal Pentaksiran Formatif/Autentik/Alternatif/Berasaskan Kriteria/Portfolio


4 JURNAL PENTAKSIRAN FORMATIF / AUTENTIK / ALTERNATIF/ PENTAKSIRAN BERASASKAN KRITERIA / PORTFOLIO
PERKARA
JURNAL 1
JURNAL 2
JURNAL 3
JURNAL 4
Tajuk
User Satisfaction and e-Learning Systems: Towards a
Multi-criteria Evaluation Methodology

The Design of Competency-Based Performance Assessment In E-Learning
Formative Peer Review of Teaching: Attitudes of Faculty
at Liberal Arts Colleges Toward Colleague Assessment
Organizational schemata of e-portfolios for fostering
higher-order thinking
Penulis
Nikolaos F. Matsatsinis, Evangelos Grigoroudis, Pavlos Delias.

Dominique M.A. Sluijsmans, Frans J. Prins and Rob L. Martens
Larry Keig
Shouhong Wang & Hai Wang
Sumber
Operational Research. An International Journal. Vol.3, No.3 (2003), pp.249-259

Learning Environments Research (2006) 9: 45–66
DOI: 10.1007/s10984-005-9003-3
Journal of Personnel Evaluation in Education 14:1 67±87, 2000
Inf Syst Front
DOI 10.1007/s10796-010-9262-0
Abstrak
Kertas ini mencadangkan sebuah model multi-kriteria yang menggunakan pengaturcaraan linear untuk mengukur indeks kepuasan dan mengira pemberat kriteria. Untuk menilai sistem e-pembelajaran, penyelidik telah menggunakan satu set yang mengandungi 15 sub-kriteria yang berpandukan kepada 3 kriteria utama. Penyelidik turut memasukkan pandangan dan harapan mereka terhadap usaha mengembangkan pelaksanaan melalui sistem e-pembelajaran.

Artikel ini fokus kepada reka bentuk penilaian pencapaian berasaskan kecekapan dalam e-pembelajaran dan implikasi mengintegrasikan penilaian pencapaian dalam e-pembelajaran. Pendekatan yang dikemukakan sebahagiannya adalah berdasarkan model 4C/1D. Dalam kajian ini, keperluan dalam persekitaran pembelajaran turut disentuh.
Dalam abstrak, penyelidik menyatakan bahawa hampir kesemua pelajar bersetuju bahawa ulasan rakan sebaya (peer review) perlu menjadi sebahagian daripada program komprehensif penilaian fakulti. Langkah tersebut penting bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Dalam penilaian ini, terdapat 4 kaedah penilaian rakan sebaya iaitu pemerhatian dalam kelas, video rakaman kelas, pentaksiran terhadap bahan-bahan kursus, dan penilaian terhadap pentaksiran mereka terhadap tugasan akademik pelajar. Ahli fakulti juga menyediakan maklumat berkaitan faktor yang mengurangkan keterlibatan mereka dalam penilaian tersebut, keadaan yang mungkin meningkatkan proses penilaian, serta faedah yang akan mereka perolehi.
 
E-portfolio dilihat bukan sahaja sebagai alat penilaian tetapi juga sebagai alat pembelajaran aktif.

Kajian ini akan mengkaji bagaimana e-portfolio dapat digunakan sebagai alat pembelajaran oleh para pelajar bagi membantu perkembangan pemikiran aras tinggi.

Kajian ini juga mencadangkan satu pendekatan ontologikal terhadap organisasi skema e-portfolio, justeru e-portfolio dapat disusun kepada rangkaian terarah-pemikiran.

Pengenalan
Dalam pengenalan, penyelidik membincangkan 3 aspek utama yang harus diambil kira dalam pendekatan penilaian sistem pembelajaran iaitu, kepuasan pengguna, menilai keberkesanan aktiviti pengajaran serta menilai kualiti perisian.

Penyelidik membincangkan kajian-kajian terdahulu dan sistem e-pembelajaran sedia ada dan isu-isu yang dihadapi. Penyelidik turut memberi contoh dan membincangkan secara ringkas contoh-contoh sistem sedia ada.
Dalam pengenalan kajian, penyelidik menjelaskan 3 proses yang terlibat semasa penilaian komprehensif pengajaran.
Di awal pengenalan, penyelidik menjelaskan konsep e-portfolio dan cabaran dalam pelaksanaannya. Seterusnya penyelidik membincangkan bagaimana e-portfolio dapat menggalakkan pemikiran aras tinggi.
Persoalan kajian
Tiada persoalan kajian dinyatakan.

Tiada persoalan kajian dinyatakan.

Kaedah manakah dalam penilaian rakan sebaya, ahli fakulti akan mengambil bahagian jika objektifnya adalah untuk meningkatkan pengajaran berbanding untuk membuat keputusan peribadi?

Apakah persepsi ahli fakulti tentang beberapa faktor yang mungkin mengurangkan / meningkatkan penglibatan mereka dalam penilaian formatif rakan sebaya terhadap pengajaran ini?

Apakah persepsi ahli fakulti terhadap ulasan rakan sebaya ini terhadap faedah yang mereka perolehi.

Bagaimana e-portfolio dapat digunakan sebagai alat pembelajaran oleh para pelajar bagi membantu perkembangan pemikiran aras tinggi?
Kajian Kepustakaan
Di bahagaian penerangan pendekatan model penilaian e-pembelajaran, penyelidik banyak merujuk kepada kajian-kajian terdahulu dan penyelidik cuba untuk mengaitkannya dengan kajian yang dilakukan beliau.

Di bahagian awal artikel, penyelidik membincangkan kajian-kajian terdahulu dan sistem e-pembelajaran sedia ada dan isu-isu yang dihadapi. Penyelidik turut memberi contoh dan membincangkan secara ringkas contoh-contoh sistem sedia ada.
Penyelidik menyenaraikan teori dan kajian terdahulu berkaitan penilaian yang dapat meningkatkan pengajaran. Kajian ini bermula seawal tahun 1986 lagi.
Dalam pengenalan, penyelidik banyak merujuk kepada teori dan kajian terdahulu bagi mendefinisikan e-portfolio dan konsep yang mendasarinya. Penyelidik juga banyak merujuk kepada kajian lepas sewaktu membincangkan cabaran dan kelebihan e-portfolio.

Metodologi Kajian
Dalam metodologi yang dicadangkan, penyelidik menekankan bahawa proses penilaian sangat bergantung kepada penilaian pengguna di mana jika pengguna semakin puas hati maka, semakin banyak sistem tinggi tingkat penilaian harus dibuat. Menurut penulis, kaedah yang digunakan adalah mengikut prinsip analisis regresi ordinal berdasarkan constraints, menggunakan teknik pengaturcaraan linear dan boleh dianggap sebagai pengembangan kepada model penilaian kepuasan MUSA.  Selain itu, kriteria penilaian yang digunakan juga berlandaskan kepada 3 aspek utama iaitu antara muka sistem, kandungan sistem serta aspek fungsian sistem.

Kajian ini melibatkan pembangunan sebuah model penilaian pencapaian. Penyelidik membangunkan satu model penilaian yang diintegrasikan dengan model instruksi dalam menilai pencapaian berasaskan kecekapan.
Penilaian formatif rakan sebaya dilaksanakan. Instrumen soal selidik turut digunakan bagi menilai sejauh mana kesediaan tenaga pengajar ini untuk terlibat dalam penilaian ini.
Soal selidik diedarkan melalui emel kepada 751 orang responden yang berpotensi.
Penyelidik menjalankan penyelidikan kajian kes dan kajian rintis bagi membandingkan perisian ThinkOn dengan e-portfolio tradisional.

Kajian ini juga bertujuan melihat keberkesanan ThinkOn dalam pengurusan aktiviti untuk pemikiran aras tinggi serta kebolehgunaan ThinkOn.  
Dapatan Kajian
Sebuah model / metodologi multi-kriteria yang menggunakan pengaturcaraan linear untuk mengukur indeks kepuasan dan mengira pemberat kriteria bagi menilai sistem e-pembelajaran telah dicadangkan.

Satu model penilaian yang diintegrasikan dengan model instruksi dalam menilai pencapaian berasaskan kecekapan dihasilkan.
Bagi mendapat hasil kajian, 2 jenis analisis statistik iaitu:

-       Analisis statistik deskriptif meringkaskan maklumat demografik dan maklum balas kepada item soal selidik.
-       Pengiraan pekali korelasi antara kesediaan ahli fakulti untuk terlibat dalam setiap kaedah penilaian dan sikap mereka terhadap pemboleh ubah pengurang, peningkat serta faedah penilaian.

Dapatan kajian dijelaskan berdasarkan kepada 4 hipotesis.

H1: Majoriti responden bersetuju untuk terlibat dalam penilaian ini bagi tujuan untuk menigkatkan kaedah pengajaran.

H2: Terdapat hubungan negatif berlaku di antara kesediaan ahli fakulti untuk terlibat dalam setiap kaedah penilaian & sikap mereka terhadap faktor pengurang.

H3: Penilaian akan ditingkatkan jika ahli fakulti disediakan dengan arahan dalam mengendalikan ulasan tersebut dll.

H4: Hubungan di antara penglibatan ahli fakulti dengan sikap mereka terhadap faedah yang bakal diperoleh.

Kajian ini mengenalpasti masalah kekurangan model organisasi bagi e-portfolio dan mencadangkan satu kerangka kerja skema ontologikal untuk penyimpanan objek e-portfolio. Model ontologikal konseptual ini dapat digunakan bagi membina skema e-portfolio berorientasikan pemikiran aras tinggi.



Rujukan
Penulis menggunakan pelbagai sumber rujukan dan relevan dengan  tema kajian. Senarai rujukan memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Rumusan
Berdasarkan Jurnal 1, dalam menilai sesuatu sistem pembelajaran kita perlu melihat / menilai berdasarkan standard / kriteria tertentu bagi memastikan sistem / model yang dibina betul-betul dapat memberi pelajar pembelajaran yang bermakna. Berdasarkan Jurnal 2 pula, dalam membuat penilaian performance berasaskan kecekapan, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan seperti tujuan/matlamat  penilaian, tugasan yang diberi untuk penilaian, kriteria performance yang akan diambilkira dan menghasilkan rubrik penskoran performance. Kajian dalam Jurnal 3 pula menekankan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran. Penilaian bukan sahaja penting dalam penilaian pembelajaran para pelajar, tetapi turut penting dalam menilai kaedah dan keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran yang diamalkan oleh tenaga pengajar itu sendiri. Dalam Jurnal 4, penggunaan e-portfolio dalam penilaian juga dapat menggalakkan pembelajaran aktif.
.

No comments:

Post a Comment