Monday, October 4, 2010

Ulasan Jurnal - 3 Jurnal Pentaksiran Dalam Talian & Ujian Dalam Talian


                         3 JURNAL PENTAKSIRAN DALAM TALIAN & UJIAN DALAM TALIAN
PERKARA
JURNAL 1
JURNAL 2
JURNAL 3
Tajuk
Addressing the assessment challenge with an online system that tutors as it assesses.
Online Faculty Development and Assessment System (OFDAS): A Study of Academic Learning.
Online self-assessment with feedback and metacognitive
knowledge.

Penulis
Mingyu Feng, Neil Heffernan & Kenneth Koedinger.
Luis Miguel Villar Angulo & Olga María Alegre de la Rosa.

Izaskun Ibabe & Joana Jauregizar.
Sumber
User Model User-Adap Inter (2009) 19:243–266 
DOI 10.1007/s11257-009-9063-7

J Pers Eval Educ (2007) 20:21–41
DOI 10.1007/s11092-007-9045-4
High Educ (2010) 59:243–258
DOI 10.1007/s10734-009-9245-6
Abstrak
Guru di seluruh US diminta untuk menggunakan data penilaian formatif bagi menilai perkembangan dan pencapaian pelajar. Dalam kajian ini guru-guru menggunakan sistem atas talian yang dikenali sebagai sistem ASSISTment. Dalam abstrak ini juga, penulis menyatakan bahawa guru tidak seharusnya menilai pada betul atau salah jawapan pelajar tetapi guru juga perlu melihat kepada usaha yang dilakukan oleh pelajar dan interaksi antara pelajar melalui bantuan daripada arahan sistem.

Penyelidik menyatakan bahawa perkembangan pesat dalam pembelajaran dalam talian telah membawa kepada pembangunan model penilaian perkhidmatan dalaman fakulti bagi memenuhi tuntutan dalam peningkatan kualiti program-program ijazah. Sistem Penilaian dan Pembangunan Fakulti Dalam Talian (OFDAS) yang dibina di Kepulauan Canary ini bertujuan sebagai penilaian pembangunan fakulti dan persekitaran pembelajaran kelas.
Kertas kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara kekerapan pelajar menggunakan sistem penilaian kendiri dalam talian dengan maklum balas dan pencapaian  akhir terhadap kursus. Turut dikaji ialah motivasi pelajar dan pendapat mereka terhadap bahan ini terhadap proses pembelajaran mereka. Selain itu, pengkaji juga mengkaji hubungan di antara pembolehubah metakognitif dengan  dan pencapaian akademik & / pelaksanaan aktiviti yang bertujuan untuk pembelajaran.
Pengenalan
Dalam pengenalan, penulis membincangkan beberapa dilema dan isu yang dihadapi oleh guru dalam aspek penilaian dan pembelajaran pelajar. Sebagai penyelesaian, Kementerian Pendidikan US membiayai satu projek membina satu sistem tutoran berasaskan web yang juga dapat menjalankan proses-proses penilaian. Sistem tersebut dipanggil ASSISTment, di mana selain menyediakan arahan dan bantuan dalam pelajaran, dalam masa yang sama ia turut mengumpul maklumat penilaian pelajar.

Di awal pengenalan, penyelidik menerangkan secara ringkas apa itu OFDAS, dan berdasarkan pengalamannya,  penyelidik turut menyenaraikan 5 peringkat reka bentuk dalam memastikan strategi yang berkesan dalam kajian ini. Penyelidik turut membincangkan hal berkaitan kompetensi fakulti, maklum balas dan penilaian dalam talian, persekitaran pembelajaran dan beberapa aspek penting dalam persekitaran pembelajaran OFDAS.
Dalam pengenalan, penyelidik menerangkan secara ringkas konsep pembelajaran dalam talian, perbezaan penilaian formatif dan sumatif, penilaian kendiri dalam talian serta maklum balas, dan metakognitif & penilaian kendiri.
Persoalan kajian
Dalam kertas kajian ini, peenyelidik fokus kepada menjawab persoalan kajian iaitu adakah interaksi tutoran dapat menyediakan maklumat penilaian yang berharga? Menurut penyelidik, jawapan yang positif akan membantu kita dalam membina satu model yang lebih baik.

Dalam kajian ini, penyelidik ingin melihat bagaimana unsur-unsur OFDAS mempengaruhi pendapat
fakulti dan aktiviti pembelajaran dan apa kesannya terhadap sikap pengajaran serta persekitaran pembelajaran pelajar di dalam kelas. Persoalan kajian ini dilihat berdasarkan 3 soalan yang lebih spesifik iaitu pertama, apakah terdapat perbezaan pendapat ahli fakulti terhadap kualiti OFDAS?  Kedua, apakah ahli fakulti belajar CTCs? Ketiga, apakah terdapat hubungan antara sikap pengajaran dan persepsi persekitaran pembelajaran pelajar selepas menggunakan OFDAS?
Listen
Read phonetically

Persoalan kajian tidak dinyatakan tetapi pembaca boleh mengetahuinya melalui objektif kajian yang disenaraikan.
Kajian Kepustakaan
Penyelidik tidak meletakkan perenggan yang spesifik untuk kajian kepustakaan, namun penyelidik banyak memasukkan sumber rujukan dan kajian-kajian terdahulu sepanjang perbincangan dalam kertas kajian ini terutama di bahagian pengenalan dan latar belakang sistem ASSISTment.

Penyelidik tidak meletakkan perenggan yang spesifik untuk kajian kepustakaan, namun penyelidik banyak memasukkan sumber rujukan dan kajian-kajian terdahulu sepanjang perbincangan dalam kertas kajian ini terutama di bahagian pengenalan.

Penyelidik tidak meletakkan perenggan yang spesifik untuk kajian kepustakaan, namun penyelidik banyak memasukkan sumber rujukan dan kajian-kajian terdahulu sepanjang perbincangan dalam kertas kajian ini iaitu di bahagian pengenalan.

Metodologi Kajian
Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan di mana, beberapa ratus pelajar daripada beberapa buah sekolah telah diambil sebagai sampel kajian bagi melihat sejauhmana keberkesanan sistem ASSISTment ini dalam menyediakan maklumat dan dapat berperanan sebagai sistem e-pembelajaran dan e-penilaian.

Sampel kajian diambil daripada 2 kampus. Semus tenaga pengajar yang terlibat memenuhi criteria yang ditetapkan iaitu kampus university, bidang saintifik dan terlibat dalam perkhidmatan profesional. Sampel mewakili jantina, umur, kawasan kajian, dan pelbagai lagi cirri-ciri akademik dan sosial. Penyelidik menggunakan 2 instrumen kajian iaitu Attitude Towards Course Learning Questionnaire (ACLQ) untuk ahli fakulti menilai sikap mereka terhadap kursus pembelajaran dalam talian dan Assessment of University Teaching Activities Questionnaire (AUTAQ) untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap persekitaran kelas.

Penyelidik menggunakan metodologi kajian non-eksperimen kerana kumpulan sampel tidak dapat dibuat secara rawak keran a isu etika. Sampel kajian terdiri daripada pelajar ijazah pertama yang mengikuti program psikologi di Universiti Basque Country, Sepanyol. Soal selidik pertama yang digunakan bertujuan untuk melihat persepsi pelajar sebelum dan selepas ujian. Kemudian, dua lagi soal selidik digunakan bertujuan untuk menilai usaha pelajar, dan tempoh masa yang digunakan unutk mempelajari setiap unit. Soal selidik terakhir digunakan untuk menilai kepuasan pelajar terhadap alat penilaian kendiri ini dari segi user friendliness dan bagaimana ia dapat membantu pembelajaran. Dalam kajian ini, 4 pemboleh ubah diukur iaitu: kekerapan kemasukan ke dalam sistem, bilangan latihan yang dilakukan, masa yang digunakan dalam minit dan skor min.

Dapatan Kajian
Berdasarkan kajian ini, penyelidik mendapati penggunaan ASSISTment / sistem tutoran berasakan web dapat membantu guru membuat penilaian berdasarkan data log pelajar. ASSISTment juga dapat menyediakan laporan kemajuan dan pencapaian pelajar sepanjang menggunakan sistem tersebut.

Hasil analisis menunjukkan bahawa OFDAS dapat memaksimumkan potensi pembangunan fakulti dalam talian untuk menggalakkan kakitangan untuk meningkatkan Kemampuan Pengajaran dan Kurikulum (KMK).
Keputusan yang diperoleh menunjukkan alatan penilaian kendiri dapat diterima dengan baik oleh para pelajar.  Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang positif di antara penggunaan penilaian kendiri dengan pencapaian akademik. Selain itu, persepsi akhir pelajar adalah mempunyai hubungan yang positif dengan kehadiran ke kuliah, dan pembelajaran di luar kelas. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan di antara usaha pelajar dalam pembelajaran, subjek dan pencapain akademik.

Rujukan
Penulis menggunakan pelbagai sumber rujukan dan relevan dengan  tema kajian. Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Penulis menggunakan pelbagai sumber rujukan dan relevan dengan  tema kajian. Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Penulis menggunakan pelbagai sumber rujukan dan relevan dengan  tema kajian. Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Rumusan
Dalam kertas kajian ini penyelidik membahaskan cabaran penilaian dalam sistem ASSISTment yang berperanan sebagai e-pembelajaran dan e-penilaian. Penyelidik fokus kepada kemampuan sistem dalam membuat penilaian berdasarkan data log pengguna yang menggunakan sistem tersebut. Dalam perbincangan, penulis turut membincangkan dapatan kajian beliau sebelum ini dan mengaitkannya dengan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem penilaian boleh dibangunkan dan dapat membantu sekolah mendapatkan maklumat yang tepat terhadap pelajar mereka terutama dalam aspek pembelajaran dan penilaian.

Secara keseluruhannya, OFDAS adalah satu alatan yang berkesan bagi meningkatkan amalan refleksi dan pembelajaran. Selain itu, pembelajaran dalam talian merupakan satu mekanisme bagi meningkatkan tahap pengurusan program yang dibangunkan secara dalam talian. Ia juga menjadi bukti kepada proses peningkatan kualiti dalam pembangunan kakitangan secara dalam talian. Ahli-ahli fakulti juga dapat tahu akan kesan CTCs. Akhir sekali, didapati tiada korelasi / hubungan di antara sikap pengajaran dengan persekitaran pembelajaran pelajar.

Sistem penilaian dalam talian yang dapat memberi maklum balas membolehkan pelajar membuat refleksi kendiri dan menggalakkan usaha pelajar dalam pembelajaran. Dalam pendidikan komputer sendiri, apabila membangunkan sesebuah perisian kursus / penilaian, ia perlu ada sistem sokongan yang dapat memberi maklum balas terhadap setiap latihan yang dilakukan oleh pelajar. Dengan itu, pelajar dapat belajar dari kesilapan, dan membuat refleksi kendiri serta mereka akan sentiasa berusaha untuk meningkatkna pencapaian dalam pembelajaran.

No comments:

Post a Comment