Monday, October 4, 2010

Ulasan Jurnal - 3 Jurnal Pengukuran


3 JURNAL PENGUKURAN
PERKARA
JURNAL 1
JURNAL 2
JURNAL 3
Tajuk
Good education in an age of measurement: on the need
to reconnect with the question of purpose in education
Innovative Online Assessment Using Confidence Measurement
Students’ Perceptions To Use Technology For Learning: Measurement Integrity Of The Modified Fennemasherman Attitudes Scales

Penulis
Gert Biesta
Graham Farrell, Ying K. Leung
Murat Kahveci

Sumber
Educ Asse Eval Acc (2009) 21:33–46
DOI 10.1007/s11092-008-9064-9
Education and Information Technologies 9:1, 5–19, 2004.
TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2010, volume 9 Issue 1
Abstrak
Artikel ini membincangkan tentang tujuan dan arah proses pendidikan dan amalan.





Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai alat penilaian formatif  berasaskan web dan kelebihannya kepada pelajar. Alat penilaian kendiri yang digunakan  adalah berdasarkan soalan pelbagai pilihan jawapan (MCQs) dengan tambahan  kemudahan bagi pendaftaran aras keyakinan terhadap maklum balas pelajar kepada setiap pilihan yang ada.

Tujuan kajian ini adalah untuk menyediakan bukti bagi menguji kesahan Skala Sikap Matematik Fennema-Sherman (FSMAS) yang telah diterjemah ke bahasa Turki dan diubah ke dalam konteks teknologi pendidikan. Penyelidik juga ingin mengkaji motivasi pelajar sekolah menengah atas untuk menggunakan teknologi bagi tujuan pembelajaran dengan cara membandingkan dapatannya dengan jantina, aras gred, bidang yang diminati juga pengalaman lepas dalam  menggunakan teknologi untuk pembelajaran.


Pengenalan
Di awal pengenalan, penyelidik menyenaraikan kajian-kajian yang pernah dilakukan berkaitan dengan pengukuran pembelajaran, budaya pengukuran dalam sistem pendidikan dan pengukuran hasil pembelajaran. Seterusnya, penyelidik membicangkan secara terperinci tentang kajian berkaitan pengukuran pembelajaran.

Dalam perenggan pengenalan, penyelidik menyatakan kepentingan penilaian dalam pembelajaran. Penyelidik turut menyatakan tujuan utama kajian.
Di bahagian pengenalan, penyelidik menyatakan kepentingan motivasi dalam pembelajaran dengan cara merujuk kepada kenyataan-kenyataan pengkaji terdahulu. Penulis menyatakan bahawa banyak kajian dilakukan berkaitan implikasi motivasi terhadap pembelajaran namun, tidak banyak kajian yang dilakukan terhadap persepsi pelajar terhadap teknologi pendidikan khususnya dalam konteks pendidikan di Turki.

Kajian Kepustakaan
Penyelidik tidak meletakkan perenggan yang spesifik untuk kajian kepustakaan, namun penyelidik banyak memasukkan sumber rujukan dan kajian-kajian terdahulu sepanjang perbincangan dalam kertas kajian ini terutama di bahagian pengenalan.

Tiada perenggan yang khusus untuk kajian literatur dan penyelidik hanya membincangkan sedikit sahaja kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan kajiannya ini.

Penyelidik tidak meletakkan perenggan yang spesifik untuk kajian kepustakaan, namun penyelidik ada memasukkan perenggan kerangka teori. Di bahagian ini, penulis banyak membincangkan teori-teori yang berkaitan dengan kajiannya.

Metodologi Kajian
Tiada metodologi kajian kerana artikel adalah berbentuk kertas konsep, tiada kajian dijalankan tetapi penyelidik banyak merujuk kepada teori dan kajian terdahulu dalam membincangkan isu pengukuran pendidikan ini.

Penyelidik menjalankan kajian eksperimental. Soal selidik digunakan untuk megumpul data daripada responden kajian terhadap alatan penilaian bagi mengukur aras keyakinan mereka.
Penyelidik menjalankan kajian tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik.

Sampel kajian dipilih secara rawak di kalangan pelajar gred 9, 10 dan 11 di sekolah menengah atas di Istanbul, Turki.

Dapatan Kajian
Penulis menekankan kepada kepentingan menghubungkan soalan bagi tujuan pendidikan dan mencirikan semula apakah yang dikatakan pendidikan yang baik.
 
Secara keseluruhannya, responden berpendapat maklum balas sistem dapat mempengaruhi kaedah pengajaran mereka.

Mereka juga percaya sistem ini akan mempengaruhi mereka dalam membina soalan tugasan kepada pelajar bagi menguji pengetahuan pelajar dan mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Sesetengah responden berpendapat, sistem ini akan bermanfaat hanya jika para pelajar betul-betul faham dan jelas tentang mekanisme penskoran yang digunakan dalam sistem dan para pelajar perlu disediakan dengan kursus yang berkesan bagi tujuan ini.

Semua responden berpendapat alat penilaian formatif ini dapat membantu mereka dalam membuat penilaian.

Para pelajar berpendapat penggunaan teknologi dalam kehidupan mereka merupakan satu keperluan untuk pembelajaran tanpa melibatkan jantina, umur, aras gred, pengalaman terdahulu, bidang yang diminati.

Rujukan
Penulis menggunakan pelbagai sumber rujukan dan relevan dengan  tema kajian. Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya.

Rumusan
Secara keseluruhannya, dalam memastikan satu sistem pendidikan yang baik, kita perlu mempertimbangkan pelbagai aspek dan mempertimbangkan semula apakah matlamat sebenar pendidikan. Menurut kajian yang dijalankan dalam jurnal 1, kita perlu ada kriteria / panduan bagi mengukur sejauhmana sistem pendidikan yang kita amalkan benar-benar baik dan bagus. Jurnal 2 dan jurnal 3 pula melibatkan penggunaan alat penilaian untuk mengukur kriteria pelajar dalam pembelajaran. Penggunaan alat penilaian dalam mengukur sesuatu kriteria terhadap pelajar adalah satu pendekatan yang baik dalam sistem pendidikan, namun para penyelidik juga perlu mempertimbangkan kaedah yang digunakan sama ada ia benar-benar dapat menilai aspek yang dikehendaki dan adakah ia adil bagi semua pelajar.
 Berdasarkan jurnal 3 pula, kita dapat merumuskan bahawa penggunaan teknologi dalam pendidikan memang tidak dapat dinafikan lagi. Penggunaan teknologi dalam pendidikan memang diakui dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam proses pembelajaran.


No comments:

Post a Comment