Thursday, August 19, 2010

e-Portfolio

Apa itu e-portfolio?
  • Koleksi artifak dari koleksi peribadi atau organisasi
  • menunjukkan perkembangan diri / pengetahuan
  • untuk tujuan tertentu.
  • disimpan secara eletronik - Web-based (web-folio) / CD
  • dikendali sendiri oleh individu / organisasi.i


    Contoh : 

  • Pengajar - portfolio pengajaran, portfolio kursus
  • Pelajar - porfolio peribadi untuk tujuan mendokumen perkembangan pembelajaran atau untuk kegunaan dalam sesuatu kursus.


    Definisi dari beberapa bahan

    1) National Learning Infrastructure Initiative (USA), 2003
a collection of authentic and diverse evidence, drawn from a larger archive representing what a person or organization has learned over time on which the person or organization has reflected, and designed for presentation to one or more audiences for a particular rhetorical purpose
2) Center for Teaching and Academic Growth, University of British Columbia
"A portfolio is a collection of work that evidences mastery of a set of skills, applied knowledge, and attitudes. The individual works in a portfolio are often referred to as "artifacts." ... Educational portfolios also contain evidence of being a reflective practioner. You must demonstrate that you look back upon what you have learned and taught and assess how effective you were in meeting your pre-defined goals. How successful you were in helping your students meet grade expectations, standards, and excitement about learning.
3)  EIfEL
"ePortfolios are web-based and usually consist of a yearly and cumulative record of teaching activities and results." ..
An ePortfolio is a personal digital collection of information describing and illustrating a person’s learning, career, experience and achievements. ePortfolios are privately owned and the owner has complete control over who has access to what and when... "
4)  elearnspace
"Regardless of the format selected, each eportfolio effort should encourage learners to develop the skills to continue building their own personal portfolio as a life-long learning tool."
5) teachnet
"Think of a teaching portfolio as an expanded resume. A few personnel administrators will welcome a variety of formats, such as a box of notes, clippings, photos and objects. However the majority look for a standard 3-ring binder. Inside they will expect to find things that show a teacher's strengths, goals and achievements. This variety of items could include a resume, references, letters of recommendations, transcripts, education philosophy, classroom management theory, examples of lessons and photos of your classroom in action. It's not a scrapbook, but a representation of your teaching abilities."

Jenis-jenis e-portfolio

Portfolio Pengajaran (Teaching Porfolio)

  • Dokumen maklumat / teknik pengajaran yang terpilih
  • Dokumen pencapaian/maklumbalas/perkembangan dalam pengajaran
  • Bagi seseorang pengajar / pensyarah
  • Bukti kesan sesuatu teknik pembelajaran

Portfolio Kursus (Course Portfolio)

  • Dokumen maklumat / teknik pengajaran
  • Bagi sesuatu kursus
  • Bagi sesuatu tempoh tertentu
  • Pengurusan masa pembelajaran sesuatu kursus
  • Kaedah berkomunikasi diantara pensyarah dan pelajar
  • Perkongsian maklumat dengan pensyarah-pensyarah lain

Porfolio Pelajar (Student Portfolio)

  • Dokumen maklumat pembelajaran
  • Bagi seseorang pelajar
  • refleksi perkembangan pembelajaran untuk sesuatu tempoh
Portfolio boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan:
  1. Berasaskan proses
    • Portfolio berasaskan proses adalah laporan berkaitan perkembangan seseorang pelajar.
    • Pelajar tersebut mendokumenkan proses pembelajaran dengan cara menghasilkan draf / dokumen, refleksi terhadap proses dan halangan-halangan yang perlu ditempuhi sepanjang proses pembelajaran. 
    • Para pelajar dapat melihat perkembangan semasa dirinya, sama ada semakin meningkat atau menurun di sepanjang proses pembelajaran.
  2. Berorientasikan produk / hasil
    • Portfolio yang berorientasikan produk / hasil adalah suatu koleksi terbaik hasil kerja seseorang pelajar. 
    • Tujuannya adalah untuk mendokumenkan / merekodkan dan refleksi terhadap kualiti dan menilai julat pencapaian seseorang pelajar. 
    • Biasanya, ia memerlukan seseorang pelajar untuk mengumpulkan kesemua hasil kerja mereka sehingga ke akhir pembelajaran. 

Porfolio Pembangunan Kerjaya

Boleh digunakan untuk merekodkan perjalanan karier seseorang sepanjang belajar atau bekerja dalam sesuatu bidang. 

 Kelebihan menggunakan e-portfolio

    1. kaedah untuk mengumpul dan menyusun dokumen dan artifak-artifak yang menunjukkan perkembangan diri dan kerjaya seseorang terutamanya apabila tiba masa untuk kenaikan pangkat.
    2. menggalakkan invidu bertanggungjawab dengan tugas melalui demonstrasi bukti-bukti pengajaran dan perkembangan kerjaya.
    3. kaedah bagi memudahkan pencapaian dokumen dan artifak-artifak ini apabila diperlukan;
    4. kaedah bagi berkongsi pengalaman dan teknik bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
    5. kaedah bagi pengurusan pengetahuan (knowledge management)

Contoh penggunaan:

"Montgomery Smith, Faculty Member Seeking Tenure, Spring Semester, 2008. After serving as a faculty member for six years, Assistant Professor Smith is preparing his materials for the tenure process. From his first year on campus, he has been archiving evidence of his academic achievements in his electronic portfolio. He included

• each published article (as well as links to those available on the publishing journal’s professional site),
• links to his course Web sites,
• reviews of a book he completed last summer,
• PowerPoint presentations he made at national and regional conferences,
• copies of student and peer evaluations,
• reports he completed for several committees on which he served,
• certificates of recognition for teaching excellence,
• copies of each of his probationary reviews, and
• letters from internal as well as external reviewers.

These reviewers, whether on or off campus, had been granted Portfolio access to the materials they needed to write their reviews. Because all of the materials were housed in his Portfolio, selecting the appropriate materials and creating a folder for each person involved in the process took very little time. "
Paul Treuer

Tujuh Fungsi e-Portfolio

  1. Pertama, sebagai pengecaman terhadap proses pembelajaran. Para pelajara biasanya kurang kemahiran untuk mengecam atau kenalpasti proses pembelajaran mereka sendiri, terutama pembelajaran yang berterusan yang tidak memerlukan hasil yang formal.
  2. Kedua ialah merekodkan pembelajaran. e-Portfolio seharusnya mengandungi maklumat seseorang pelajar dan merekodkan kesemua pencapaian secara formal di sepanjang proses pembelajaran dan mengikuti sesuatu latihan. 
  3. Ketiga ialah refleksi terhadap pembelajaran. Refleksi adalah satu aktiviti penting di mana seseorang
    individu mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui, memikir-mikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian terhadap pembelajaran mereka.
  4. Keempat ialah mengesahkan pembelajaran (validating learning). Pengesahan adalah proses untuk membuktikan - kepada diri sendiri dan orang lain - telah berlaku proses pembelajaran, termasuk kebolehan dan kecekapan yang dikenalpasti dan direkodkan. Pengesahan berlaku melalui pembuktian dan pengesahan (evidencing and verification).
  5. Bukti (evidence) disediakan oleh pelajar untuk memperakui pencapaian mereka sendiri dan mungkin dalam pelbagai bentuk & media. Cth: Blog / website yang mereka bangunkan. Pengesahan (verification) adalah bukti daripada sumber luar terhadap pencapaian seseorang. Cth: Sepucuk surat daripada ketua projek yang mengesahkan keterlibatan dan pencapaian seseorang dalam sesuatu kerja. 
  6. Kelima ialah mempersembahkan pembelajaran (presenting learning). e-Portfolio dapat membenarkan seseorang individu mempersembahkan proses pembelajaran mereka untuk tujuan yang berbeza. 
  7. Keenam, merancang pembelajaran (planning learning). Perancanga adalah satu bentuk refleksi  - melihat kebelakang & melihat ke hadapan. Apa yang telah saya capai dan apa yang saya mahu capai?
  8. Ketujuh ialah menilai pembelajaran (assessing learning). Penilaian adalah proses luar, bukan dibawah kawalan sesorang pelajar. Penilaian adalah pengadilan luar terhadap nilai suatu set bahan yang dipersembahkan oleh pelajar.
                                                                                                               Attwell Graham

Sumber: http://www1.kelantan.uitm.edu.my/epfolio/

 

No comments:

Post a Comment